Friday, July 29, 2011

Moga dia mendapat semula hakmiliknya yang hilang

'You tau tak..semalam I kena rompak! Habis semua duit I RM3 ribu, handphone dengan kereta I sekali kena rompak'. Ya Allah, hampir nak luruh jantung aku. Ya, dia dirompak malam semalam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 8 malam. Kejadian langgar kereta dari belakang rupa-rupanya masih lagi jadi modus operandi utama manusia durjana yang hanya tau menganiaya orang lain demi memenuhkan perut sendiri (dan mungkin perut keluarga mereka!).

'Habis tu, you ok tak?'. 'I ok,nasib diorang tak pukul teruk. Diorang pegang I, yang lagi sorang ambik kereta I'. Kesian betul aku dengan dia. Dahla sekarang tengah tertekan dengan masalah kerja, datang pulak masalah lain yang lagi besar. Hilang cash yang banyak, kereta yang baru je 3-4 bulan dibeli...kalaulah aku yang berada ditempat dia...entah apa yang akan jadi. Mau aku terduduk diam,tak berkata apa...fikiran kosong! Apa taknya, hasil titik peluh sendiri yang dikumpul sekelip mata dirampas sewenang-wenang!

Namun syukur, keadaannya selamat. Sekurang-kurangnya dia masih ada dan selamat untuk menjaga keluarganya. Paling tidak, sekurang-kurangnya aku masih lagi dapat mendengar suaranya.

"Ya Allah, Kau peliharalah keselamatanku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan mereka yang aku sayang. Lindungilah mereka dari segala malapetaka, bahaya dan bencana. Hanya Engkaula yang mampu melindungi hamba-hambaMu ini. Kerana hidupku ini terlalu singkat untuk kehilangan mereka. Aamin"

Aku doakan agar dia dapat menjumpai semula barang-barang miliknya dan manusia-manusia durjana yang menganiayanya itu ditemui dan dihukum dengan balasan yang setimpal!

p/s: kawan-kawan, tolong jaga keselamatan kalian. Yang drive/menunggang, tak kisahla seteruk mana anda dilanggar, selagi kenderaan anda masih mampu bergerak, teruskan perjalanan! Sekurang-kurangnya ke tempat yang lebih selamat, paling baik terus ke balai polis! Perhatikan orang yang melanggar - identiti fizikal, nombor plat kenderaan yang melanggar, jenis/rupa/warna kenderaan yang melanggar. Ingatlah, biar hilang harta benda, jangan hilang nyawa, harta boleh dicari, nyawa tiada galang ganti!

Monday, July 11, 2011

ingatan buat diri

"Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan."

Terjumpa ayat ni dalam salah satu artikel di iluvislam.com. Tersedar sejenak.
Memang betul...Dia temukan aku dengan orang-orang yang kurasakan 'salah' sebagai memberi pengajaran dan peringatan secara tak langsung.

Dan sekarang aku temui dia...dia mungkin untuk aku...dan mungkin juga tidak. Dan Dia di atas sana menemukan aku dengan dia sebagai peringatan - material bukan penjamin segalanya, apatah lagi rupa. Maka pengharapan tak seharusnya melebihi yang sepatutnya kerana mungkin Dia sekarang sedang menguji secara tidak langsung akan pendirianku selama ini.

Ya...moga Dia segera menemukanku dengan si dia yang sebenar-benarnya.