Saturday, December 25, 2010

Berbudi bahasa lagikah rakyat kita???

Google images


Situasi 1:


Aku dalam perjalanan ke KL Sentral menaiki LRT dari stesen Masjid Jamek. Di tangan kanan menjinjit beg netbook, di kiri pulak handbag dan paperbag berisi senaskah proposal. Penumpang agak ramai, jadi tiada tempat duduk kosong yang kelihatan. Aku pun berdiri je dekat sebelah tiang bersama-sama dengan penumpang lain. Lagipun barang-barang yang aku bawa taklah berat sangat.

Tiba-tiba, salah seorang penumpang yang duduk di bangku berdekatan denganku bangun. Seorang lelaki asing; Mat Salleh, yang pada pengamatanku berada dalam usia awal 40-an mempelawa aku duduk di tempat yang dia duduk tadi. Aku cuma tersenyum sambil menggelengkan kepala menandakan 'Tak apalah'. Tapi dia beria-ia menyuruhku duduk. 'Thank you', balasku sambil tersenyum. Dia juga membalas dengan senyuman sambil berdiri bersama-sama dengan penumpang lain. 'Baiknya Mat Salleh ni' kataku dalam hati, lalu duduk di tempat yang diberi tadi bersama-sama dengan penumpang rakyat kita yang lain.



Situasi 2:


Aku baru saja selesai membayar upah cuci kereta dan bersedia untuk keluar dari tempat carwash. Sedang aku nak memandu keluar, tiba-tiba ada sebuah motosikal dinaiki seorang perempuan Melayu bersama 3 orang anak-anaknya berhenti di tempat laluan keluar. Aku memperlahankan kereta sebab takut-takut nanti tergesel pulak dengan motosikal  tu tadi. Perempuan tadi tu pun berganjak sedikit ke depan.

Tiba-tiba aku terdengar dia berkata 'Ha, ambiklah ruang sebesar mana yang kau nak!' dengan muka yang tak puas hati dan masam mencuka ke arahku. Aku jadi terpinga-pinga. 'Apa yang aku dah buat? Aku tak cakap apa-apa pun?'. Lantas aku buka cermin tingkap kereta dan tanya pada perempuan tu 'Kenapa tiba-tiba marah saya? Saya tak cakap apa-apa pun, kenapa nak marah-marah orang ni?'. 'Saya tak kata apa pun? Kenapa? Mehla berhenti belakang sikit! Apsal?' katanya dengan reaksi marah-marah!

Eh, samseng betul minah ni.Aku dah makin blur. Puas aku fikir, aku ada buat salah pada dia ke? Kejap-kejap dia menuding ke arah kereta hitam yang sedang dibersihkan di belakang. Aku makin confuse!. Last-last aku blah blah je. Lagi lama aku layan, lagi pening jadinya. Setau aku, dia yang block laluan keluar aku tadi tapi aku tak cakap apa pun. Aku cuma perlahankan kereta supaya dia faham yang dia menghalang laluan aku dan aku tak nak terlanggar motosikalnya yang overloaded tu!

Lantas aku bagi kesimpulan bahawa mungkin dia sedang mengalami hard time, atau sedang PMS! Lebih baik aku berlalu dengan bermaruah dari terpekik terlolong melawan perempuan yang pada aku memang kurang sesangat budi bahasanya tu!. Malulah kalau ditengok dek pekerja-pekerja carwash yang semuanya lelaki dan lebih baik budi bahasanya dari perempuan tadi!.

Persoalannya di sini ialah, rakyat Malaysia selalu dikenali dengan budi bahasa yang tinggi, kaya adab sopan dan selalu suka menolong orang lain. Tapi berdasarkan pengalaman pahit aku dengan perempuan Malaysia tadi, aku tak rasa stigma tu masih wujud pada setiap rakyat kita. Makin lama, rakyat kita seakan-akan makin pudar nilai-nilai budi bahasa tu. Semuanya semakin lantang, semakin selamba! Tapi yang sedihnya, rakyat asing pulak yang masih mampu mengekalkan sikap budi bahasa mereka (sekurang-kurangnya pengalaman aku di situasi 1 tadi betul-betul mencerminkan kenyataan. Tak taulah pengalaman orang lain camne pulak kan?).

Bukanlah aku nak mengutuk rakyat sendiri di bumi sendiri, tapi aku rasa terlalu malu dengan apa yang terjadi zaman sekarang ni. Masing-masing seakan semakin mementingkan diri sendiri!

Hmmm, memang betul bidalan tok nenek kita dulu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Apalah nasib aku harini  :'(

p/s: moga 'kakak' tadi akan ditunjukkan kebenaran dan pengajaran agar dia sedar akan kesilapannya...

Friday, December 24, 2010

matter of heart...ignoring it for a while~

I'm alone, but not lonely. I'm single, but not a loser. To be honest, I'm already tired with the word 'Love'. Kenapa? Seperti biasa, dah berkali-kali frust. Tapi aku takla sampai menidakkan fitrah alam, hakikat yang menyatakan bahawa pasangan perempuan itu adalah lelaki and vice versa (well, walaupun zaman sekarang macam dah makin banyak yang pasangannya sejenis ataupun dua-dua jenis! Huhuhuhu...mintak dijauhkan...phewww~!).

Sejujurnya, atas status inilah aku menjauhi majlis-majlis wedding sejak kebelakangan ni. Selalunya waktu-waktu macam nilah kawan-kawan atau sedara-mara yang jarang-jarang jumpa (mahupun yang tak pernah jumpa!) akan tetiba jadi tersangat prihatin bertanyakan soalan-soalan 'Ha, kamu bila lagi?', atau...'Eh, datang sorang je ke?'...atau 'Eh, I dah ada dua anak tau...awak dah ke?' (hoh, inilah berita paling 'jujur' yang dihadiahkan pada aku waktu aku ke majlis wedding sorang kawan baik baru-baru ni). Terima kasihla pada si polan berkenaan atas keprihatinan dia untuk bertanya sambil bagi ayat penyata tu.

Rasa-rasanya tahun 2011 ni, biarla aku tumpu pada kerja dulu. Aku dah tak punya masa untuk main-main dengan hati dan perasaan (walaupun aku tak pernah main-mainkan hati dan perasaan orang lain!). Biarlah aku tumpu pada kerja yang makin lama makin menuntut fokus dan komitmen yang tinggi dulu. Aku juga dah tak punya masa nak 'lompat-lompat' keje. Lagipun, aku tak mampu nak balancekan keje dan personal, especially kalau-kalau terjadi konflik dalam hubungan tu nanti. Tapi lainlah kalau bahagia sepanjang jalan kan...tiap-tiap hari datang keje dengan hati yang berbunga-bunga. Aku pun dah serik dan tak larat nak tanggung risiko akibat 'patah hati' ni sebab ia memang akan bagi effect yang terrrrramat besar pada kerjaya aku (hohoho, bos...aritu saya bukan tengah bercinta...but I was in the opposite...so sorry ya...won't repeat it again...hahahaha!).

Kepada kawan-kawan yang tengah hangat bercinta tu, good luck aku ucapkan. Aku pun tumpang happy tengok korang bahagia. Jagalah pasangan kalian dengan baik. Bukan tiap-tiap hari kalian berpeluang disayangi dan dihargai seseorang...ingat tu! Kepada yang dah kawin and ada anak pulak, tahniah! Anda dah pun bertemu pasangan serasi. Tapi, aku mahu minta tolong....tolonglah jangan pandang kami 'The Singles' dengan pandangan kasihan...pelik...maupun apa-apa jelah pandangan yang tak best. kami pun insan biasa macam kalian juga, cuma jodoh dan 'seru' kami lambat sikittttt je dari kalian (bakal pasangan kami tu tersesat jalan agaknya semasa mencari kami...hahahaha!). Doakanlah juga untuk kawan kalian yang masih single ni agar bertemu pasangan yang sesuai secepat mungkin.

Hmmm, harap-harap 2011 ni membawa lebih banyak projek yang 'masyuk-masyukkk'...hehehe (bos, biar keje banyak...sebab tu adalah 'RM'...dan tu juga tanda 'tabung' kita tak kosong nanti...hahaha!).Lagipun manala tau kan, lagi kuat aku buat 'donno' bab-bab hati dan perasaan ni, lagi besar pulak peluang nak jumpa 'the one' tu kan? Hahahahaa...terberangan la pulak!

Oklah, harap-harap semuanya berjalan lancar ye! Adios!

Saturday, December 4, 2010

Cubaan yang tak berapa pertama...

Salam,

Eh, rasa-rasanya tadi tangan ni tengah sibuk cuci pinggan n kupas bawang..ni sedar-sedar duk menaip di keyboard netbook pulak. Oklah, sebenarnya ini bukan blog sulung aku. Aku pernah ada blog personal sebelum ni, tapi setakat di Friendster je. Itupun dah lama tak bukak page tu. Dah berdebu agaknya sekarang ni page tu ye?

Tujuan aku tulis kat blog ni bukanlah sebab nak glamour atau nak dedah kisah hidup pun...cuma aku ni jenis yang suka memerhati keadaan sekeliling. Bila duk khusyuk perhati tu, ada-ada je perkara yang rasa nak direkodkan dan dikongsi dengan orang lain. Contohnya macam pengalaman yang best atau tak berapa best ataupun pendapat aku sendiri tentang sesuatu isu. Sekurang-kurangnya kalau pun bukan boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri pun dah cukup bagus.

Hmm, ada macam-macam benda kat dalam otak sekarang ni yang menyerbu-nyerbu nak keluar untuk diluahkan di blog ni. Tapi takpe, satu-persatu okay? Heheheh...

Kejap lagi aku datang ye...nak sambung masak kejap. Lagipun, sambil-sambil masak tu, bolehla aku susun dulu dalam otak apa isu-isu yang boleh aku tulis kat dalam ni nanti.

Jumpa lagi ye :)