Monday, September 10, 2012

Bak mai gaji tu separuh kat sini

Salam,

Pagi ni siap-siap nak pegi keje macam biasa. Tengah duk bersiap, bersolek, tetiba cam tersedar...seolah-olah selama ni 'I'm dragging my feet to work'. Dah takde motivasi macam dulu-dulu.

Jumaat lepas, tetiba dapat arahan dari big bos suruh attend trainers' retreat dekat Bangi. But I was not attending as a Trainer - of course la kan, budak hingusan cam aku apala yang ada. Aku hanya attend untuk jadi typist. Yes, typist yang diupah dengan gaji yang mahal! Puncanya ialah disebabkan ada Consultant yang dah diberi tugas untuk menyiapkan module tapi tugasan tu tak siap-siap walaupun material dan template dah diberi sejak sebelum bulan puasa haritu. Ni bila client dah bising mintak submit, barula terhegeh-hegeh nak buat. Sampaikan kena ada orang lain pulak yang tolong buatkan dan bagi material kat dia. Tapi tu pun tak siap jugak and yang penting, tak bergerak jugak keje tu!

So lepas discussion Jumaat lepas, aku assume semua dah settle and Consultant tu dah boleh proceed dengan keje dia. Tup-tup (lagi sekali!) pagi ni aku dapat emel - aku kena siapkan segala-mala kerja dia yang tak siap tu! Sebabnye? Dia kata weekend lepas dia kena migrain and low blood pressure and tak fit untuk buat keje. Hangin giler aku rasa pagi ni! Mana tak migrain nye kalau keje yang perlu ambik masa yang lama tapi dia cuba nak buat dalam masa yang sekejap. Kalau dia memang competent untuk buat camtu takpelah. Ini dah sedar yang diri sendiri slow pace, pastu sendiri yang tangguh-tangguh keje, last-last sendiri yang stress.

Kalau dah Consultant tak siap keje, macam manala anak-anak buah kat bawah ni nak jadikan diorang sebagai contoh? Aku rasa dah takde sape kat dalam ofis ni yang boleh dijadikan contoh apatah lagi sumber inspirasi.

So tengoklah harini macam mana...buat sementara ni aku bersabar jelah. Jangan sampai gunung berapi ni meletup sudah.