Friday, November 30, 2012

Aku rindu kawan-kawan aku

Aku rindu dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan seperjuangan di tempat kerja lama...Anim, Fuza, Jazi, Sue, Mior, Nana, Nafiz, Zul, Umi dan lain-lain. Kami punya banyak kenangan sebagai satu 'pasukan Management Trainee'...hehehe.

Terlalu banyak kenangan pahit-manis yang kami alami. Luahan tentang kerja, aktivit-aktiviti sosial kami...sosial lah sangat kan kalau pergi main boling di Mid Valley, nonton wayang cerita Transformers! Hahahaha... Tapi serius best kehidupan kitorang masa tu. Walaupun part kerja tak seberapa tapi kami 'sekepala'. Kekadang ada gak masanya kami tak sependapat tapi semangat setiakawan buatkan kami jadi sepasukan.

Setahun selepas tu, masing-masing berpecah...bawa haluan masing-masing. Sorang demi sorang berteman, bawa diri ikut rezeki masing-masing. Rindu nak berkumpul macam dulu. Bila lah boleh dapat jumpa balik ye...?

Kawan-kawan,
Tak kira samada masing-masing dah berteman...kita tetap kawan...akan ingat tiap kenangan sampai mati, biar dimana pun masing-masing berada...korang tetap di ingatan...tetap di hati...

Harini aku rasa bosan

Harini aku rasa bosan yang amat...
Bosan dengan semalam...
Kesan sampai ke hari ini...

Boleh delete ke rasa bosan ni...?
Tapi dah banyak kali jadi macam ni...
Buat-buat tak reti
Buat-buat tak faham
Biar sejuk sendiri

Tapi...
Kalau lama sangat macam ni
Panas jugak hati
Sampai bila nak sabar lagi

Sabarlah hati
Esok dan esok-esoknya masih banyak lagi

Wednesday, November 14, 2012

Cerita dak kecit...hehehe

Hallu!

Oh, dah minggu ke 22 rupanya harini. Opps, aku tengah kira minggu kehamilan @ pregnancy sebenarnya. Hahaha, ye aku tau...aku tak pernah mention sebelum ni yang aku dah 'berisi'. Bukan apa, segan pulak nak cerita kat merata-rata - fesbuk, blog, twitter dan semua2 tu. Aku bukanlah macam sesetengah orang, excited nak cerita kat semua. Bukan jugak aku tak excited, cuma segan@malu nak sebarkan. Cukuplah kalau sekadar family and kawan-kawan rapat yang tau.

Setakat minggu ke 22 @ 5 bulan 2 minggu ni, pengalaman pregnancy aku ni macam-macam. Kalau awal-awal dulu, aku rasa penat tak terkata. Time tu aku perasan something different waktu bulan posa. Selalu waktu pagi bulan puasa, aku rasa steady je. Tetiba tahun ni bila pagi kat opis, aku rasa mengantuk sangat. Pelik aku rasa time tu, tak pernah-pernah rasa mengantuk time pagi puasa. Tapi waktu tu aku buat tak kisah je sebab ingatkan aku megantuk sebab tak cukup tidur. Yela kan, tahun ni puasa berdua. So tetiap hari kena bangun sahur and prepare makanan untuk sahur. Kalau time single dulu, takat minum air milo cicah biskut or roti pun dah cukup. Ni dah ada laki, at least gorengla something ke kan...macam megi goreng ke...kebab ke...hehehehe. Lagi satu tanda time tu aku perasan posa aku penuh! So lagi skali time tu aku ingatkan sebab period aku lambat sebab sebelum tu aku penah delay 2 minggu. So aku pun buat tak tau jela.

Tanda-tanda penat and mengantuk ni aku alami sampai raya. So lepas raya tu ada gakla opismate yang cakap yang aku ni macam orang pregnant sebab nampak letih semacam. Time balik raya rumah mertua pun biras-biras cakap benda sama. So aku pun dah rasa semacam, lebih kurang seminggu lepas raya aku pun beli pregnancy self test kit. Jeng..jeng..jengggg! Ada 2 line! Time tu aku sorang je tau result. So nak bagi seprais, aku letak kit tu atas kotak kat katil. Bila cik abang masuk, aku tunjuk kat dia. Dia buat2 tanya - 2 line ni apa maksud dia? Aku tunjuk info dekat kotak tu...dia senyum2 kambing...hahahaha! Kelakar plak muka dia time tu. So untuk sahkan lagi, dalam 3-4 hari lepas tu kitorg ke klinik. Lepas urine test and doktor tanya tarikh period, doktor pun sahkan yang time tu aku pregnan 2 bulan. Cik abang? Hahahaha, sangat kelako! Dia kata dia rasa nervous! Bleh plak dia yang nervous kan...padahal bukan dalam perut dia pun. Tapi mungkin sebab dia atk expect cepat camni kot. Aku pun time tu tak ready lagi sebenarnya - secara fizikal and mental. Aku budget maybe lepas setahun or paling kurang pn lepas 6 bulan...tapi takpelah, adalah hikmah Allah bagi awal tu.

Dipendekkan cerita, sejak awal preganan sampai sekarang, inilah yang aku alami (leh jadi guideline untuk aku masa akan datang...heheh):
- rasa mengantuk and tak bertenaga waktu awal pagi
- loya lepas bangun tidur, tengahari and lewat petang/malam - tak tentu masa (cuma taklah terlalu teruk macam sesetengah orang)
- sensitif bau - perfume, deodoran, sabun mandi/basuh/cuci pinggan, bahan mentah utk masak (so cik abang yang tolong setelkan bahan mentah time nak masak)
- kurang selera makan (time bulan ke 2-4)...lepas 4.5 bulan tu dah ok
- tak boleh makan ikut kuantiti normal, kena makan kurang dari kuantiti normal...kalau ikut kuantiti normal, gerenti lepas tu perut akan senak, sendat and rasa tak muat - ni aku alami sampai sekarang
- betis cramp, spashly time tido
- sakit belakang and pinggul - lepas masuk 5 bulan sbb dak kecit ni makin beso and berat

So lepas last checkup, berat aku dah naik jadi 46.5kg dari berat 1st checkup 43kg...hehehe...oklah tu, bertambah secara konsisten. Setakat ni blood pressure, gula semua ok. Tak sabo nak tunggu checkup next week. Nak tengok dak kecit ni laki ke pompuan! Ikut cik abang, dia suka laki...yela, leh teman dia tengok bola katanya...hmmm, ikut jelah menana, asalkan sihat and sempurna....hehe

Harap-harap semua okay sampai ke keluarnya dak kecit nih...hehehe...moga Allah permudahkan semua and murahkan rezeki kami...Aamiin

Monday, September 10, 2012

Bak mai gaji tu separuh kat sini

Salam,

Pagi ni siap-siap nak pegi keje macam biasa. Tengah duk bersiap, bersolek, tetiba cam tersedar...seolah-olah selama ni 'I'm dragging my feet to work'. Dah takde motivasi macam dulu-dulu.

Jumaat lepas, tetiba dapat arahan dari big bos suruh attend trainers' retreat dekat Bangi. But I was not attending as a Trainer - of course la kan, budak hingusan cam aku apala yang ada. Aku hanya attend untuk jadi typist. Yes, typist yang diupah dengan gaji yang mahal! Puncanya ialah disebabkan ada Consultant yang dah diberi tugas untuk menyiapkan module tapi tugasan tu tak siap-siap walaupun material dan template dah diberi sejak sebelum bulan puasa haritu. Ni bila client dah bising mintak submit, barula terhegeh-hegeh nak buat. Sampaikan kena ada orang lain pulak yang tolong buatkan dan bagi material kat dia. Tapi tu pun tak siap jugak and yang penting, tak bergerak jugak keje tu!

So lepas discussion Jumaat lepas, aku assume semua dah settle and Consultant tu dah boleh proceed dengan keje dia. Tup-tup (lagi sekali!) pagi ni aku dapat emel - aku kena siapkan segala-mala kerja dia yang tak siap tu! Sebabnye? Dia kata weekend lepas dia kena migrain and low blood pressure and tak fit untuk buat keje. Hangin giler aku rasa pagi ni! Mana tak migrain nye kalau keje yang perlu ambik masa yang lama tapi dia cuba nak buat dalam masa yang sekejap. Kalau dia memang competent untuk buat camtu takpelah. Ini dah sedar yang diri sendiri slow pace, pastu sendiri yang tangguh-tangguh keje, last-last sendiri yang stress.

Kalau dah Consultant tak siap keje, macam manala anak-anak buah kat bawah ni nak jadikan diorang sebagai contoh? Aku rasa dah takde sape kat dalam ofis ni yang boleh dijadikan contoh apatah lagi sumber inspirasi.

So tengoklah harini macam mana...buat sementara ni aku bersabar jelah. Jangan sampai gunung berapi ni meletup sudah.

Wednesday, August 8, 2012

Apabila buat sendiri itu lebih baik

Salam,

Hmm, what a disaster day today. Tetiba bos hangin sebab proposal hardcopy yg supposed kena hantar semalam pd client rupa2nya tak hantar lagi sampai hari ni.
Ceritanya gini: semalam aku mintak brader office asisstant kitorg utk hantarkan hardcopy proposal pd client sbb diorg mintak utk kitorg submit smlm. So alang-alang dia nak keluar pegi tukarkan duit and uruskan hal-hal lain tu, aku bagi dokumen tu kat dia and bagitau ' Nanti tlg hantarkan proposal ni sekali ye'. So aku assume bila aku cakap camtu dia akan hantar pada hari yg sama. Yela, lagipun ofis client tu dekat je dengan ofis kitorg and dekat-dekat area ofis client yg lagi satu. And aku pun tak ingat samada aku ada cakap 'tolong hantar harini'. Yela, bukannya aku leh ingat semua benda yg aku cakap and brader tu of course dia pun sama.
Tup-tup pagi ni client call, tanya mana proposal. Hah, apa lagi mengamukla orang tua tu! Macam-macamla dia bebel kat aku, depan-depan ofismate yg lain sekali pulak tu. Dia tanya proposal dah hantar ke belum and dah bagitau ke kat brader tu utk hantar semalam, so aku cakapla dah hantar and dah bagitau mintak hantar. Lagipun dari segi logiknye, dah tarikh surat tu semalam, so of coursela kena hantar semalam kan?
Pastu dia ke depan cari brader tu (aku pun tak tau apa dia tanya/bebel) pastu dia ke tempat aku balik. 'Ni proposal ni tak hantar lagi ni? Confident je cakap dah hantar! Tak followup ke?' dia cakap dgn nada suara tinggi and sambil tangan dia pegang proposal tu tunjuk kat aku and datang hempas proposal tu kat atas meja aku. Aku terdiam tak tau nak cakap apa. Pastu dia mintak aku pdf kan softcopy and dia ke depan balik bebel-bebel kat brader tu suruh hantar dokumen tu.
Dalam hati aku 'Apa puncanya semua ni? Aku tak followup? Aku tak communicate clearly? Atau takde urgency dari lagi satu pihak?' Totally salah aku ke semua ni??? Aku faham kalau brader tu kena handle banyak benda tapi ofis client tu dekat je utk dia hantarkan proposal tu. Naik motor takat 5 minit dah boleh sampai, tak payah nak sibuk-sibuk cari parking. Kalau aku tau jadi camni, aku sendiri yang pergi hantar proposal tu semalam! Tekan minyak keta, bedesuppp 3 minit dah sampai! Lagipun aku pass dokumen tu kat brader tu pagi semalam, bukannya dah lewat petang. So suppose dia dah boleh hantar dah. And perlu ke tiap kali aku pass dokumen kat dia aku kena bagitau 'Ni urgent ye, boleh hantar tak? Kalau tak boleh aku pegi hantar sendiri' Perlu ke?
Adoiii, apalah nasib aku harini. Sabor jelah. Malas dah aku nak pikir salah sape. Lepas ni biarlah aku sendiri yang pegi hantar proposal tu. Biarlah tak boleh claim sekalipun tp selagi aku leh hantar sendiri, aku hantar. Biar senang hati aku sebab aku tau yang dokumen tu memang dah selamat dihantar.

Wednesday, May 2, 2012

Tolong hentikan!

Specially dedicated to seseorang yang bergaji besar, yang bergelar konsultan dan berpengalaman luas:

Aku lebih rela kalau orang yang tak puas hati dengan cara kerja aku tegur aku 'straight to the face'. Dan aku paling benci kalau orang yang tak suka dengan cara kerja aku memanggil aku dengan gelaran-gelaran yang aku tak suka macam 'Cik Puan' atau apa-apa saja gelaran. Kalau kau tak suka cara kerja aku, then fine! Tell me, part mana yang buat kau rasa sangat-sangat annoying tu?Part mana yang buat kau rasa sangat-sangat susah, yang mengganggu seluruh kehidupan kau tu? Orang penting sangat ke kau tu sampaikan semua benda nak confirm on the dot??? Kerja ni based on project, bukannya kerja rutin yang semua aktivitinya dah fixed.

Lainlah macam kerja kau yang dulu tu - semuanya rutin. Prepare department report, gaji, claim, proposal...semua tu benda-benda rutin yang kau dah boleh susun and rancang tiap-tiap hari. Even kalau kau nak susun kerja and jadual kau sampai hujung tahun pun aku rasa memang boleh! Tapi sedarlah sikit, sekarang ni kerja kau dan kita semua is project based. Maksudnya aktiviti setiap hari boleh bertukar bila-bila masa ikut kehendak client! Dah kalau semalam client schedule kan meeting pagi ni kul 9am tapi kul 8.45am tetiba diorang cancel, so kenala ikut. Diorang mana kisah kalau kau dah tercangak kat opis diorang sejak 7.30am ke atau still terkejar-kejar on the way ke opis diorang ke...apa diorang pedulik! So terima jelah kalau client bagi last minute notice sekalipun!

Dan untuk pengetahuan kau, bukannya aku yang jadi project manager. Kalau aku jadi PM, of coursela approach aku lain. Senangla aku nak explain kat semua orang termasuk kau tentang apa yang aku plan. So please, aku mintak tolong sangat...kalau kau tak puas hati dengan cara kerja aku, jangan panggil aku macam tu. Bukannya kau sorang je yang aku kena entertain, ramai lagi yang aku kena hadap tiap-tiap hari! Bukannya jadual kau sorang je yang aku kena ambik kisah, jadual orang lain dan aku jugak yang aku kena ambik kisah. Dan bukannya phone call kau sorang je yang aku kena jawap. Dah memang time kau call aku tengah tak available, so janganlah nak berlagak macam aku tak pernah jawab kau sejak dari mula. Sekurang-kurangnya aku return jugak call kau daripada aku buat bodo je kan (walaupun tetiap kali no.kau naik kat phone aku, aku dah boleh bayangkan bebelan yang kau nak luahkan). So tolonglah berhenti berlagak macam kau masih di jawatan lama kau. Stop being bossy! Stop being demanding! And stop calling people, especially me dengan nama or gelaran yang aku tak suka.

And lagi satu, kau perasan tak yang kau tu kuat membebel???Kau rasa aku boleh tahan ke dengan bebelan kau tu???Kau penah tanya aku tak???Ok, aku nak bagitau...kalau kau nak aku layan kau dengan penuh hormat, tolong hentikan segala apa yang kau buat kat atas tu dan toloooonglah berhenti membebel! I'm not your punching bag and I'm not your talian luahan perasaan!

Noktah!

Wednesday, March 7, 2012

Satu aksi di satu ketika

Salam,

Sedang aku drive di susur masuk LDP-Federal hiway pagi tadi sambil bersesak-sesak dengan kenderaan-kenderaan lain, tetiba ada sebijik keta Saga BLM duk masuk depan aku. Memula cam nak hangin gak sebab tetiba je dia masuk dengan takde bagi signal...haaiihh, driver kat Malaysia ni samada sangat-sangat kedekut takut bateri keta cepat abis or sangat-sangat pemalas nak tekan tuil signal tu. Takpelah, aku sabo jela dulu.

Then, tetiba aku ternampak satu aksi yang...aaaahhhh, sangat romantik...kat dalam keta depan aku tu. Ha, mula la tu nak fikir yang bukan-bukan!Ish...ish...ish...fikir positif ye. Aku nampak si 'co-pilot' keta depan tu sedang menyuap makanan ke mulut si 'pilot'. Alahahaaaaiii, tengah-tengah sangkut dalam traffic jam, sempat je diorang suap-suap makanan, Aku fikir diorang ni mesti pasangan suami-isteri. Yelakan, kata nak fikir positif. Banyak kali jugakla aku nampak si isteri duk suap si suami.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah tentang kasih sayang yang diorang tunjukkan tu. Tak kira sesibuk mana sekalipun, tetap dapat layan pasangan dengan sebaiknya. Walaupun makanan yang disuap tu sekadar 'tapau' (sebab nampak si isteri duk letak pembungkus polisterin tu ke seat belakang) tapi perbuatan dia melayan makan minum suami tu memang aku puji. Yela kan, kalau nak layan suami makan, bukan takat kat rumah je, memana pun boleh asalkan tanggungjawab tu dijalankan sebaiknya. Tetiba je mood aku bertukar jadi terharu...senyum sorang-sorang pon ada....aihhhh, mula la berangan tu! Hahahahaha!

Secara sedar tak sedar, aku doakan moga pasangan tu kekal bahagia hingga ke akhirat. Untung si suami dapat isteri sebaik tu. Untung gak isteri dia sebab suami pun baik (and boleh tahan gak segaknya! Hahahaha-sekali lagi!)

Hmmm....berangan moga kehidupan lepas ni akan bahagia or lebih bahagia dari itu...untuk selama-lamanya....aamin  :-)

Monday, March 5, 2012

Aku yang tak puas hati

Salam,

Selalunya Aku akan cuba untuk diam kalau aku tak puas hati.
Harini aku tak puas hati dengan bos.
Aku bukan jenis yang suka confront bila aku tak puas hati.
Paling tidak pun aku akan membebel jauh-jauh. Aku tutup tab Facebook kat windows ni untuk elak dari tulis ketidakpuasan hati aku.

Bos,
Bukannya diam aku tu tanda setuju.
Aku cuma malas nak berdebat ketidakpuasan hati aku tentang mana-mana arahan yang kau keluarkan.
Sebab kalau aku berdebat, takut-takut aku tertinggi suara, ter'menderhaka' pada Bos.
Atau mungkin sebab aku tak pandai nak susun kata-kata untuk berdebat?
Iya, teringat zaman sekolah menengah, kali pertama seumur hidup masuk pertandingan debat.
Teringat diri hampir 'blank' tak tau macam mana nak patahkan hujah pihak lawan.
Sebabnya aku perlu masa untuk kumpul segala fakta untuk membalas. Sebabnya aku tak mau hujah aku dipengaruhi emosi tanpa rasional.

Oklah Bos,
Aku diamkan ajelah dari membalas email yang kau hantar tu.
Lagi pun aku tau kalau aku balas, mesti kau je yang asyik nak menang. Kau je yang betul.
Aku malas nak bertekak dengan orang yang selalu je nak menang.
Tapi jangan sesekali ingat semua diamku itu tanda setuju.
Aku akan tetap buat perkara tu dengan cara aku.


-The End-

Thursday, March 1, 2012

Si 'tulang rusuk kiri' yang bengkok

Tulang rusuk kiri itu
Perlu dilentur dengan kelembutan
Perlu diletak dekat di hati dengan kasih sayang

Tulang rusuk kiri itu
Hakikatnya ia mudah patah
Jika dilentur dengan kekerasan
Jika tak didekati dengan kasih sayang

Itu kata-kata ustaz dalam ceramah pra-perkahwinan. Iya, perempuan itu asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Dekat di hati untuk dilindungi, bukan dikepala untuk dipuja, bukan dikaki untuk di pijak. Tulang rusuk itu sifatnya keras dan bengkok, lalu manakan boleh kekerasan dihampiri dengan kekerasan. Umpama cuba memadamkan api dengan api. Tapi kalau dilentur dengan lembut, sedkikit demi sedikit, ia pasti boleh lurus. Tanpa sebarang keretakan atau patah!

Iya, perempuan itu bukanlah susah sangat untuk dihampiri, ditegur mahupun dibimbing. Lagikan sifatnya memerlukan pelindung, pembimbing...kerana ia mudah sekali tergelincir dari landasan kebenaran akibat kelemahan-kelemahan yang dmilikinya. Perempuan hanya perlukan seorang yang mampu meredakan keresahannya, menenangkan kekacauannya. Dan percayalah, jika seorang perempuan itu bertemu dengan seorang lelaki yang sebegitu, pasti saja dia mahu menyerahkan seluruh dunia kepada lelaki itu!


Aku...
Si 'tulang rusuk kiri' yang bengkok...
dan andai bengkok itu tidak sempurna...
makanya aku juga tidak sempurna.