Sunday, November 6, 2011

Nikmat Tuhan yang sukar dijangka...syukur...

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Harvard...Suasana Hotel, Kedah...hehehe. Serius, aku tak balik kampung raya haji 2011 ni! Nak buat camne, cuti takat 3 hari je. Nanti perjalanan balik je 6 jam (tu pun kalau stop sesekejap, tapi kalau drive sorang mau setengah jam gak per stop, belum campur jem lagi), tol pegi-balik dah dekat RM100, minyak pegi-balik dah dekat RM200. Takpelah, lepas habis 2 bulan aku kat sini aku akan ambik cuti lama sikit. Lagi pun sekarang dah kena mula berjimat-cermat!

Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Cuma aku nak kongsi sikit kegembiraan yang aku alami sekarang. Kegembiraan yang baru bermula dan harap-harapnya berterusan. Nak tau apa?...hehehe...sesuatu yang berkaitan dengan pertukaran status diri. Tapi aku tak boleh lagi nak cerita detail kat sini sebab semuanya baru dalam peringkat perancangan awal antara aku dan...ehem...'dia'. Cuma masing-masing dah bincang tentang timeline or dateline dan step-step yang akan kami lalui untuk ke arah 'itu'.

Sekarang baru aku betul-betul percaya kata orang - 'Jodoh tu selalunya dekat dengan kita. Selalunya ia berada di depan mata cuma kita tak nampak sampailah masanya tiba'. Alhamdulillah, syukur yang amat! Aku harap ia benar-benar untuk aku. Sebenarnya semuanya di luar dugaan, berlaku dalam diam tanpa aku sedar.

Walau apa pun, perancangan sebenar hanya akan bermula Januari 2012. Buat masa sekarang hanya plan di pihak kami dan tahun depan baru detail up plan tu dengan famili masing-masing. Aku berharap dan berdoa ini jalan yang betul buat aku. Harap-harap perancangan dan perjalanan kami ke arah penukaran status tu akan berjalan dengan lancar dan dirahmati olehNya.

Moga-moga 2012 akan berikan kenangan yang terindah buat kami dan keluarga masing-masing...aamin :)

Sunday, October 23, 2011

Macam-macam hal

Salam and Hi,

Fuhh....fuhhhh...bersawang dah blog ni...penat nak tiup bagi 'habuk' dan 'debu' hilang. So macam tajuk post ni, memang macam-macam hal berlaku pada aku semenjak dua menjak ni, baik personal mahupun keje. Tu belum cerita bab tekanan, emosi yang macam tsunami lagi.

Ini pun dah berapa kali aku edit post ni...lepas taip satu perenggan je, padam balik...ada je bahagian-bahagian yang diarasakan tak sesuai. Inilah keburukan bila menaip di skrin komputer - salah je boleh padam camtu je! Kalau compare dengan penulis-penulis zaman dulu kala, mana boleh sesuka hati je padam. Yela, sebab diorang tulis atas kertas kan...?Mwahahaha...apa aku fikir nih. Time aku post entry ni, maknanya lagi 2 hari je aku wujud di negeri Selangor ni. Bermula 26 Oktober nanti, aku akan ke Gurun, Kedah selama dua bulan. Kerja - sama macam yang aku buat tatkala aku ke Desaru dan Senai, Johor lebih kurang dua tahun lepas.

Berbalik kepada perenggan pertama yang aku tulis, boleh aku katakan dua bulan lepas memang waktu yang amat mencabar buat aku dan keluarga. Manakan tidak, majlis perkahwinan yang diatur (bukan untuk aku pastinya), terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir. Rasanya tak perlulah aku terangkan panjang lebar kat sini. Cukuplah kami je yang tau sebab-musababnya. Yang pasti, aku antara orang yang tertekan dengan peristiwa tu. Takpelah, pasti ada hikmah yang Allah akan hadiahkan kemudian hari. Hanya Dia yang tau apa akan jadi kalau majlis tu tetap diteruskan. Selain peristiwa tu, kerja yang semakin demanding gak buatkan aku tertekan. Argggghhhhhh!!!! Memang, kekadang rasa nak jerit kuat-kuat je. Tapi apa faedahnya kan...buat sakit tekak adala!

Tapi sekarang rasanya adalah masa untuk bangun...bangun semula dari sisa-sisa kesakitan ni! Aku nak nikmati dua bulan terakhir 2011 ni dengan perkara-perkara manis dan bermakna. Moga perkara-perkata tu akan berterusan hingga tahun depan dan seterusnya. Aku nak nikmati waktu-waktu happy dan bahagia dengan famili, kawan-kawan dan semua yang aku sayang.

Aku harap November 2011 ni bakal jadi permulaan untuk perkara-perkara bermakna and best dalam hidup aku..aamin... :)

Thursday, September 15, 2011

oh my...help me please...

Mata bertentang mata...secara tak sengaja,masing-masing memandang secara serentak dan spontan! Aduh, rasa macam nak gugur jantung...tiba-tiba rasa nervous, rasa serba tak kena!

Oh my, help me...betul ke apa yang aku rasa atau sekadar mainan hati semata-mata...

Friday, July 29, 2011

Moga dia mendapat semula hakmiliknya yang hilang

'You tau tak..semalam I kena rompak! Habis semua duit I RM3 ribu, handphone dengan kereta I sekali kena rompak'. Ya Allah, hampir nak luruh jantung aku. Ya, dia dirompak malam semalam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 8 malam. Kejadian langgar kereta dari belakang rupa-rupanya masih lagi jadi modus operandi utama manusia durjana yang hanya tau menganiaya orang lain demi memenuhkan perut sendiri (dan mungkin perut keluarga mereka!).

'Habis tu, you ok tak?'. 'I ok,nasib diorang tak pukul teruk. Diorang pegang I, yang lagi sorang ambik kereta I'. Kesian betul aku dengan dia. Dahla sekarang tengah tertekan dengan masalah kerja, datang pulak masalah lain yang lagi besar. Hilang cash yang banyak, kereta yang baru je 3-4 bulan dibeli...kalaulah aku yang berada ditempat dia...entah apa yang akan jadi. Mau aku terduduk diam,tak berkata apa...fikiran kosong! Apa taknya, hasil titik peluh sendiri yang dikumpul sekelip mata dirampas sewenang-wenang!

Namun syukur, keadaannya selamat. Sekurang-kurangnya dia masih ada dan selamat untuk menjaga keluarganya. Paling tidak, sekurang-kurangnya aku masih lagi dapat mendengar suaranya.

"Ya Allah, Kau peliharalah keselamatanku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan mereka yang aku sayang. Lindungilah mereka dari segala malapetaka, bahaya dan bencana. Hanya Engkaula yang mampu melindungi hamba-hambaMu ini. Kerana hidupku ini terlalu singkat untuk kehilangan mereka. Aamin"

Aku doakan agar dia dapat menjumpai semula barang-barang miliknya dan manusia-manusia durjana yang menganiayanya itu ditemui dan dihukum dengan balasan yang setimpal!

p/s: kawan-kawan, tolong jaga keselamatan kalian. Yang drive/menunggang, tak kisahla seteruk mana anda dilanggar, selagi kenderaan anda masih mampu bergerak, teruskan perjalanan! Sekurang-kurangnya ke tempat yang lebih selamat, paling baik terus ke balai polis! Perhatikan orang yang melanggar - identiti fizikal, nombor plat kenderaan yang melanggar, jenis/rupa/warna kenderaan yang melanggar. Ingatlah, biar hilang harta benda, jangan hilang nyawa, harta boleh dicari, nyawa tiada galang ganti!

Monday, July 11, 2011

ingatan buat diri

"Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan."

Terjumpa ayat ni dalam salah satu artikel di iluvislam.com. Tersedar sejenak.
Memang betul...Dia temukan aku dengan orang-orang yang kurasakan 'salah' sebagai memberi pengajaran dan peringatan secara tak langsung.

Dan sekarang aku temui dia...dia mungkin untuk aku...dan mungkin juga tidak. Dan Dia di atas sana menemukan aku dengan dia sebagai peringatan - material bukan penjamin segalanya, apatah lagi rupa. Maka pengharapan tak seharusnya melebihi yang sepatutnya kerana mungkin Dia sekarang sedang menguji secara tidak langsung akan pendirianku selama ini.

Ya...moga Dia segera menemukanku dengan si dia yang sebenar-benarnya.

Sunday, June 5, 2011

Nak beli rumahhh!!!!

12.00pm, setiap Ahad - Deko Selebriti

Hoh, harini sambil lepak-lepak, layan Deko Selebriti. Tetiba keinginan nak ada rumah sendiri membuak-buak! Tetiba teringat kempen Rumah Pertamaku yang gomen lancarkan tu! And tetiba teringat abang cerita haritu yang company dia nak lancarkan medium-low apartment hujung tahun ni sempena skim Rumah Pertamaku tu! Tak kira, kali ni aku takkan lepaskan peluang! Hehehe...tetiba je kan...?

Kalau ikutkan hati, memang aku teringin sangat nak beli rumah teres. Bukan apa, nanti leh ada ruang parking sendiri (dalam laman rumah lagi!), ada laman sendiri (walaupun kecik!) dan yang penting, ada ruang-ruang sendiri!. Tapi manala nak dapat teres dengan harga RM100K - RM220k, lagi-lagi area Selangor ni. Tapi takpelah, buat permulaan ni dapat apartment pun cukuplah. Ikutkan description abang haritu, rumah tu memang berbaloi-baloi! Walaupun medium-low, tapi siap ada swimming pool tu! (walaupun aku sure takkan terjun@guna kolam tu nanti...hehehe) Kira ala-ala low condo la gitu. Soal luas ruang tu biarlah jadi perkara kedua. Yela, bukannya aku ada laki and anak 5-6 orang pun, aku sorang je! Apatah lagi rumah tu terletak kat lokasi 'hangat' untuk property sekarang ni - Bandar Setia Alam! Harga property kat situ mencanak-canak beb! Aku berangan camni - kalaupun aku tak tinggal kat situ nanti (yela, jarak nak ke opis nanti lebih jauh berbanding rumah kat Puchong dan tol nye pun lebih tinggi dan jam yang lebih padat!), aku mungkin bercadang nak sewakan je. Tapi of course aku nak sewa kat orang-orang yang aku boleh percaya je..cam kawan-kawan aku ke, kawan-kawan abang aku ke kan...hehe. So duit sewa tu nanti leh guna untuk bayar rumah tu and up skit untuk simpanan...heheheheh.

So nanti aku leh kumpul modal untuk buat renovation untuk rumah tu - macam yang aku idam-idamkan sebelum ni! And kalaupun aku tak tinggal kat situ, one day bila harganya dah naik, aku jual and beli rumha baru! Amacam, ok tak plan aku? Hehehehe...hidup kena berangan tinggi beb. Kalau tak dapat capai ke puncak, dapat halfway pun dah kira ok and sekurang-kurangnya da effort untuk gapai angan-angan tu untuk dijadikan kenyataan!

Hmmm,can't wait for it! Abangku, nanti kalau rumah tu dah nak launch, sila jangan segan-segan bagitau adikmu ini ye!Hehehee.....

Thursday, May 26, 2011

Catatan berkecamuk

Aku mau teman...yang punya senyum selebar senyuman Ryan Seacrest
Aku mau teman...yang punya suara se'macho' David Cook
Aku mau teman...yang punya wajah tenang seperti Scotty Mccreery, si juara AI 10
Aku mau teman...yang punya renungan setajam si Damon dalam Vampire Diairies
Aku mau teman...yang punya wajah Melayu tulen si Fahrin Ahmad

Banyak benar yang aku mau...kan?

Namun cukuplah jika sebenarnya aku punya seorang teman...
Yang mau terima aku seadanya aku
Yang mau fahami diriku yang tidakla serumit mana
Mampukah aku cari teman seperti itu?
Mampukah aku untuk punya teman seperti itu?

Monday, May 23, 2011

catatan hari senin

Salam,

Hari Isnin@Senin...keheningan Seninku diragut..ooppss, diganggu-gugat dengan berita yang kurang enak. Bukan berita peribadi, cuma kerja. Tapi biasala, bila melibatkan kerja, aku jadi tak sedap hati. Tapi rasanya tak perlulah aku detail kan disini apa permasalahan tu, biarlah masa yang tentukan halatuju 'masalah' yang timbul.

Harini aku sebenarnya tertarik nak ulas tentang topik yang aku jumpa di Yahoo! beberapa hari lepas...'5 Eligible Guys Who Stay Single'. So 5 jejaka yang disenaraikan ialah:

1- The Workaholic: jenis yang keje sentiasa jadi no.1 (mungkin juga 1-10, lepas-lepas tu baru diikuti perkara lain), keje 24/7
2- The Partier: hidupnya sentiasa dipenuhi perkataan 'Party', tiada komitmen tetap
3- The Syh Guy: seperti namanya, jejaka yang pemalu, spashly dengan perempuan, jarang bersosial
4- The Too Picky Guy: yang sentiasa mahukan kesempurnaan, pendek kata 'Memilih'!
5- The-None-of-the-Above-Guy: yang tiada kaitan dengan golongan-golongan di atas tetapi masih memegang title 'Single' dan berusia 30an (dan mungkin lebih)

So yang mana satu aku dah jumpa? Aku dah jumpa no.1 dan no.4. Pada jejaka no.1, aku tak boleh nak kata lebih-lebih. Sebab? Pada aku, masing-masing punya kehidupan sendiri dan aku tak boleh nak ubah perkara tu sesuka hati. Dia memang seorang yang bercita tinggi lantas kerja memang menjadi prioriti. Padanya kesibukan kerja tu memberinya kepuasan. Mungkin dia belum betul-betul sampai ke tahap yang satu hari dia betul-betul rasakan sunyinya tanpa isteri dan anak-anak disisi. Mungkin tika tu baru dia akan terfikir untuk 'slow down' dan mula 'memburu'...hahahahah

Okey, move on to no.4 yang pernah ku jumpa. Oh, golongan ni...memang aku rasa macam nak je aku bagi ceramah kesedaran 3 jam berturut-turut. Kenapa? Sebab golongan ni biasanya kurang kesedaran diri atau bahasa singkatnya 'jarang cermin diri'. Mereka ni (bak kata Uncle Yahoo!) jenis yang demand- segalanya perlu sempurna. Kalau harini dia couple dengan seorang wanita yang dia rasakan 'ok' (just ok je?), esok lusa bila dia ternampak wanita lain yang dia rasakan lagi sempurna dari girlfriend dia sekarang, percayalah...2-3 hari lagi tentu dia akan cepat-cepat reka alasan berbakul-bakul (alasan yang majoriti menunjukkan segala kekurangan girlfriend nya) semata-mata mencari sebab untuk putuskan hubungan. Believe me, coz I've been in that situation before! Dia takkan sesekali mengakui waima kenunjukkan kelemahan diri sendiri. Pendek kata- yang suka gelak sakan itu girlfrien nya, yang jalan tak macam model tu girlfriend nya, yang jarang-jarang pakai baju kurung tu girlfriend nya...pendek kata, semua yang tak sempurna tu milik girlfriend nya. Habis sapa yang perfect? Tentulah dia....dan wanita yang dia baru nampak dan dah mula terpikat (walhal latarbelakang orang tu pun dia tak ada). So sepantas kilat dia kan minta putuskan hubungan walaupun perkenalan dia dengan wanita seorang lagi tu pun taklah selama mana dan sedalam mana...sekadar tau nama, nombor telefon...aduhaiiii, memang sakit kalau jumpa lelaki macam ni!

Hmm, takpelah. Aku still akan teruskan usaha mencari si dia...moga-moga tak ketemu dengan 5 golongan diatas...

Monday, May 16, 2011

hari yang panjang...(tapi post ni pendek aje)

hari ini boleh jadi hari yang panjang...buat seorang banduan yang sedang menanti hukuman mati
hari ini boleh jadi hari yang panjang...buat seorang jejaka yang menanti kepulangan rombongan meminang dari rumah gadis impiannya
hari ini boleh jadi hari yang panjang...buat seorang yang kehilangan sesorang secara tiba-tiba
hari ini boleh jadi hari yang panjang...buat seorang yang sedang menghadiri temuduga kerja
hari ini boleh jadi hari yang panjang...buat aku yang sedang kepenatan kerja 7 hari seminggu....

hari ini sememangnya panjang...

Sunday, May 8, 2011

5 tahun...dan dia masih ada

Salam,

5 tahun yang lepas...21 Januari 2006...hari yang buatkan aku seolah-olah kehilangan seluruh kehidupan aku, Abah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Aku jadi nanar, airmata tak henti mengalir...apatah lagi aku tiada di sisi Abah sewaktu hembusan nafas terakhirnya. Ketika seminggu hayat terakhir Abah, aku sedang bergelut dengan tugasan tesis semester akhir, kebetulan time tu tengah cuti mid semester break. Kebetulan, pada hari terakhir Abah, aku memang dah berniat nak balik kampung, nak jaga Abah di hospital. Tapi apakan daya, Allah dah jemput dia sebelum sempat aku tunaikan hajat terakhirku. Perkara itulah yang menghantui aku sampai sekarang - rasa terkilan yang teramat sangat kerana tak sempat nak jaga Abah dan berada di sisinya ketika detik terakhirnya!

Sekarang, lepas 5 tahun tu dah berlalu, aku dah pun bekerja. Tapi rasa terkilan tetap ada...terkilan sebab tak sempat nak belanja Abah dengan gaji anak bongsunya ni. Walau gaji tak seberapa, tapi kepuasan dapat belanja Abah dengan Mak guna duit sendiri tu adalah satu kepuasan yang tak terkata!. Nampaknya, pada Mak sajalah yang aku mampu belanjakan.

Lepas 5 tahun, rasa rindu pada Abah tetap sama. Rindu nak dengar gelak Abah, bebelan Abah, marah-marah Abah, malah makanan-makanan kegemaran Abah. Bebelan dan marah-marah Abah membantu anak-anak Abah berjaya. Kecerewetan Abah dalam menjaga penampilan buatkan ianya 'berjangkit' pada anak-anak Abah jugak. Makanan-makan kegemaran Abah jugak jadi makan kegemaran kami.

Apa yang aku mampu ingat tentang Abah?:
1- Abah suka iron baju sampai licin, tak tertingal 1 kedutan pun, dan Abah akan iron baju-bajunya sendiri (anak-anak pun terikut sama perangai Abah yang satu ni).
2 - Abah suka lauk-lauk kampung, spashly masak lemak cili api, dengan kuah yang agak pekat.
3 - Abah paling strict dengan siapa anak-anaknya berkawan.
4 - Abah pun suka kucing!
5 - Untuk raya, Abah suka kuih baulu yang mak buat guna dapur arang, dengan rasa yang agak manis (sebab kalau lebih gula, baulu tu akan jadi lebih 'garing')
6 - Raya jugak akan buatkan Abah sibuk cari buluh lemang, ayam, daging untuk dijadikan hidangan keluarga (walaupun Abah tak makan banyak pun hidangan-hidangan tu, yang penting anak-cucu puas makan)

Hmm,apa lagi yang aku mampu ingat tentang Abah?...to be continued...



p/s: entri ni dah lama aku taip, cuma harini baru rasa nak publish...again, 'M' masih menguasai diri...heheheh

Di mana anda berakhir tak penting...

Salam,

Entri ni sebenarnya agak tertangguh...yelah, idea dah mencurah-curah dalam fikiran sejak 2-3 hari lepas. Tapi nampaknya baru sekarang terjelma di page  ni. Nampak sangat penulis ni ada 'M' kan...?hahahaha...Takpelah, yang penting, masih ada entri.

Ok, straigh to the point pada tajuk kat atas tu. Itu antara kata-kata yang aku selalu sematkan dalam hati. Kenapa? Ini sebenarnya ada kaitan dengan kerja yang aku buat sekarang dengan background majoring semasa aku di U dulu. Kata-kata tu jugak terjelma atas pemerhatian aku terhadap kawan-kawan sekursus yang sedang bekerja di bidang mereka - Landscaping (hmm, sekarang korang dah tau apa yang aku belajar dulu kan?).

Dua tahun pengalaman bekerja di syarikat konsultan HR, terlalu banyak perkara yang aku belajar. Satu perkara yang utama aku belajar - Survival. Survival untuk berusaha agar aku mampu berdiri sama tinggi (ataupun hampir-hampir) dengan mereka yang memang ada background HR. Di sini aku harus (baca: wajib) berusaha 4-5 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang memang di bidang HR untuk berjaya.

Dan tiba-tiba sekarang aku ada keinginan nak jadi Interior Designer! Aduh, sudah pening agaknya aku nih...

Entri suka-suki...

Hai,

Penat + seronok harini. Penat sebab berjalan dari pagi (tengahari?) sampaila malam (walaupun dalam bangunan yang sama). Seronok sebab dapat tengok movie Fast Furious 5 (soriiii sesangat ye Encik Timi sebab lambat..tula, sape suruh management MidValley tu lembab sangat kan...ada parking tapi ditutup-tutup). Oh ya, sebut pasal parking...harini I paid RM3 just to enter the MidValley parking without even parking my car at the parking lot! Membazir! Semuanya gara-gara ketidakcukupan (or should I say kelembapan management mengendalikan ruang parking). So aku yang dah fedup, terus keluar dari MidValley (sebab dah tak larat nak beratur panjang cari parking + movie dah start more than 1/2 hour ago!) terus drive keluar and parking kat The Gardens! Puas ati, berlambak-lambak parking kosong...nak parking kereta secara melintang/bebas pun boleh!

Abis je movie, masing-masing isi perut yg dah 'menjerit-jerit' kelaparan. Makan-makan sambil gelak-gelak..adehhh,sakit perut! Punyala lama bercerita dari tengahari sampai petang. Sambil jalan-jalan pun boleh bercerita lagi. Tapi kan, sedang kitorang duk berjalan-jalan ni...aku terperasan sesuatu...Toleh kiri, toleh kanan, aku asyik ternampak perempuan pregnant. Aku pun tanya kat kawan aku...'Eh, harini hari outing perempuan pregnant ke?'...'Ha'ah, aku pun perasan gak'...Laaa,ingatkan aku sorang je yang perasan. 'Entah-entah petanda untuk kita kot?'..Mwahahaha...mungkin gakla (eh, tapi petanda apa pulak eh...hihihihi).

Hmm, takpela, yang penting separuh daripada hari aku harini terisi. Takdela aku 'mati kutu' duk sorang-sorang kat rumah. Lagipun aku ni tak tahan kalau duk sorang-sorang, boleh jadi depress!.

Misi seterusnya: cari kasut@beli kasut...huhuuuu!!

Thursday, May 5, 2011

Aku mencari 'spark' yang hilang...tolong pulangkan kembali...

Hai,

'U, malam ni kita jumpa nak?'...simple je sms dari dia. Kebetulan aku baca sms tu time aku baru je habis meeting dengan client petang tadi..yahuuuu,nk jumpa Encik 2000 malam ni!!!...hehehe...terus je aku balas 'Ok je, nak jumpa kat mana?'...ooopps, tak habis kat situ, terus aku call dia! Yela kan, macam lembab sangat lak sms aku nak sampai ke Inbox dia..hehhehe (tak sabo punya kes!). Lagipun lepas beberapa kali percubaan and plan untuk jumpa dia yang asyik gagal je, peluang ni memang sangat-sangat aku nantikan!

Nak dipendekkan cerita, makanya jam 7pm tadi kitorang pun jumpa kat tempat kitorang jumpa first time dulu (ops, xleh bagitau, nanti ada lak yang skodeng...hhahaha,perasan betul!). So sampai-sampai je, kitorang pon borak-borakla macam-macam hal but mainly on keje...citer pasal dia yang tengah tension dengan keje dia, citer sikit-sikit pasal keje aku. Then kitorang pegi dinner. So time dinner pun kitorang duk sembang-sembang lagi sambil makan. Tapi aku bukanla nak citer detail apa yang kitorang sembangkan. Aku cuma perasan beberapa perkara...perkara utamanya ialah 'spark' atau orang kata ala-ala 'bunga api' dalam hati. Yelakan, jumpa orang yang kita suka, rindu...mestila ada rasa excited, cam berbunga-bunga dalam hati kan? Tapi tadi, tetiba aku rasa semua perasaan tu takde, Kenapa ek? Adakah maksudnya yang aku sebenarnya takde perasaan istimewa pun dengan dia dan dia pun macam tu? Adakah hati kitorang ni tak berhubung antara satu sama lain?

Yang peliknya, bila tak jumpa dia atau sekadar berborak di phone, ada pulak perasaan tu. Ada masa-masanya rasa rindu tu menjengah jugak, ada masanya hati ni ada rasa ngilu gak mengenangkan dia yang agak jauh. Tapi malam ni bila dia depan mata, tak pasal-pasal hati ni jadi neutral. Pelik!

Selain tu aku perasan, bila aku berdepan dengan dia aku rasa seolah-olah aku sedang di analisis secara detail oleh dia. Seolah segala pergerakan aku dinilai. Seolah aku sedang di 'profile' oleh dia. So itu menyebabkan seolah-olah aku 'terkaku'. Ada masanya gak aku rasa seolah begitu 'kecik' didepan dia. Mungkin ke sebab status pekerjaan dia? (dari segi seniority, pangkat dan pengalaman, memang dia lebih jauh kedepan dari aku). Memandangkan kitorang berada di line yang sama-HR cuma industri berlainan (dia sektor korporat, aku sektor konsultansi), makanya ada masa aku rasa macam 'kerdil' je aku ni kat depan dia....huhuhuhu...betapa 'rendah'nya diri aku dibandingkan dengan dia...ada inferiority complex rupanya aku nih!

Apa patut aku buat...?Pendamkan saja perasaan yang awal-awal aku ada pada dia? Tapi apa pulak perasaan dia pada aku? Entah-entah dia pun rasa sama macam aku-neutral. Manala tau kot awal-awal dulu dia pun seolah-olah rasa cam perasaan tu macam ada (tapi sebenarnya tak...huhuhuhu...sedih!).

Sekarang aku rasa aku dah kehilangan 'spark' tu...ataukah sebab parut lama tu masih ada so aku jadi seolah takut untuk letak harapan dan kepercayaan yang lebih pada dia?

Oh hati...
Kasihanlah pada diri
Jika benar dia untukku
Hadirkanlah kembali rasa itu
Sayang itu...kasih itu
untuk dia

Oh dikau yang jauh
Jika benar apa yang kau katakan dulu
Buktikanlah....tunjukkanlah
Kerana aku tak mampu melawan kata hati sendiri
Jika benar hati ini untukmu...aku tak mampu membuang rasa itu
Tapi jika kau bukan untukku dan aku bukan untukmu
Aku lebih bahagia jika hanya sekadar menjadi teman baikmu
Teman untukmu bercerita
Walau jauh dihati, sayang itu masih ada.....

Oh Tuhan
Jika ini petunjukMu atas doa-doaku
Perjelaskanlah lagi
Kerana hati ini masih ragu
Hati ini masih belum puas
Agar nanti aku mampu tenang
Redha atas takdirMu

Aku masih mencari 'spark' yang hilang itu.......

Sunday, April 24, 2011

Midnite thoughts

Hmmm...i'm missing him...yes, HIM. Sape 'Him' tu? Hahaha...adala. Belum boleh diceritakan secara detail lagi. Apa yang boleh aku katakan, dia seseorang yang baru muncul. He's unpredictable, interesting, and yet kind of mystery too. So there are still a loooottttt more that I need to know about him.

Seperti biasa, takde harapan tinggi-masih ditahap kawan biasa. Tapi biasala, kekadang ter'jengah' jugak perasaan rindu tu. Yup, memang ia sesuatu yang paling sukar untuk aku elak atau nafikan. Harap-harap hubungan kami ni boleh bertahan lama (dan dalam tak perasan, aku dah 'tersimpan' harapan-harapan untuk ke arah lebih serius...hehehe) dan bila bertahan lama tu maknanya mampu pergi ke arah yang lebih serius. Tapi buat masa ni, I'll just go with the flow. Berkawan dengan dia macam biasa 'coz it's fun to have him as a company...heheheheh.

And now, I really miss HIM...gud nite & sweet dream dear ;)
(sekadar meminjam panggilan yang disebut dalam sms yang dia hantar beberapa hari lepas...hihihi)

Monday, March 14, 2011

R.E.B.A.H

Salam,

Lebat betul ujan kat luar. Terbantut pulak niat aku nak balik...makanya tersadai gakla aku kat opis ni. Hm, minggu ni banyak betul cabaran-cabaran, dugaan diluar akal menimpa. Terutamanya kerja! Banyak perkara-perkara outstanding yang perlu diselesaikan. Banyak jugak perkara yang memerlukan skill-skill risk management...hmm,entahla...mungkin sebab aku dah berada di environment baru (baca: keje dibawah bos baru), makanya aku lebih exposed kepada perkara-perkara yang sebelum ni aku tak tahu. Kalau sebelum ni, ex-boss aku yang banyak filter perkara-perkara yang kurang melibatkan pengetahuan aku. Hasilnya, sebarang masalah atau isu, semuanya dia sendiri yang selesaikan. Kalau ada pun perkara yang perlu aku tahu hanyalah perkara seperti end result...detail-detail lain dia dah 'tapis' awal-awal. Dan ap yang aku tahu, dia hanya arahkan aku untuk buat perkara-perkara tertentu je.

Tapi kali ni lain...aku pun dah terlibat dalam loop 'penyelesaian masalah-masalah isu tertangguh' ni. Kebetulan semua outstanding issues ni sangat mencabar!. Kalau tak betul-betul sabar, mau rebah aku dibuatnya! Lagipun sekarang aku kena adjust banyak perkara dalam kerja-kerja aku - iaitu cara kerja. Yelah, lain bos, lainlah cara arahannya kan? Tak dapat dinafikan, kekadang aku memang rasa agak tertekan dengan keadaan baru ni. Kalau ex-boss dulu, semuanya dia yang plan...dari A sampai Z, setiap langkah, setiap strategi, dia sendiri yang initiate. Aku sebagai staff hanya menjalankan apa yang dirancang, kiranya implementor la gitu...hahahah. Tapi environment sekarang, kekadang aku rasa macam aku selalu berada dalam keadaan tertanya-tanya. Entah, aku tak tau nak describe macam mana tp itulah yang aku rasakan. Tapi aku takla blame boss sekarang secara total. Yelah kan, dia pun take over tugas-tugas ex-boss aku dulu cumanya cara kerja yang totally different tu yang kekadang buat aku lost focus.

So sekarang ni aku tengah susun strategi - backup plan. It's time to move on...cuma tunggu rezeki...

Thursday, March 3, 2011

dua puluh sembilan okayyy?

Hallu....,

Fuhh, lama betul tak singgah kat sini. Maklumla, lately banyak benar kerja nak diselesaikan...banyak jugalah peristiwa-peristiwa nangis-gelak, senyum sorang-sorang yang terjadi dua-tiga menjak nih (maaf ye, bahasa tunggang-langgang...tak larat nak fikir perkataan ala2 dalam kamus Bahasa Melayu...heheh).

dari incik Google

Oklah, straight to the point...dah 4 hari berlalu. Menandakan dah 29 (diulang- Dua puluh sembilan) tahun aku hidup dan bernafas di bumi yang Allah cipta ni. Significant sangat ke angka 29 ni? Biasa je! Aku tak rasa apa-apa pun. Cuma mungkin 1 la, aku rasa macam sikit sangat perkara-perkara bermakna yang aku dah lakukan sepanjang 28 tahun yang lepas!. Siang tadi adala sorang kawan tu cakap (ala-ala begini la bunyinya...sebab aku malas nak ingat ayat sebenar!) - "Ko sedar tak umur ko tu dah berapa? Ko patut fikir pasal kawin dah"..bla..bla..bla...(tah pape lagi dia bebel, aku pun tak ingat).

Hm, masalah besar sangat ke kalau sorang pompuan tu belum kawin pada usia macam aku ni? Jawapan aku senang aje - aku tau apa yang aku nak. Aku tau kualiti/ciri-ciri apa yang aku cari pada seorang lelaki yang boleh menjadi bakal suami aku. So kalau sekadar fikir signifikan umur dan taraf perkahwinan, aku rasa aku belum terdesak lagi nak cari laki! Sebab? Yela kan, daripada aku duk bercinta dengan laki yang tak tau arah tujuan, apa yang dicarinya, dan akhirnya aku yang merana, baiklah aku stay dalam keadaan sekarang, tumpu pada kerja. Sampai masa, akan tibalah seseorang yang Allah datangkan pada aku sebagai jodoh aku. Tapi bukanlah maksudnya aku tak usaha langsung. Cumanya "I'm not that desperate!" (for now la kan).

Sekarang pun aku masih boleh happy dengan arah hidup aku. Aku dah tau (InsyaAllah) apa yang aku nak buat dengan hidup aku - terutamanya kerja. Mungkin jalannya tak selancar orang lain, tapi dengan usaha yang tak jemu dan doa yang tak putus, aku yakin, Dia akan bukakan dan mudahkan laluan rezeki aku.  Buat sementara waktu ni, biarlah aku fokus (kalau pun bukan 100%), biarlah 60% pada kerja, 30% famili sendiri, dan 10% diri sendiri. Bak kata orang "pelan-pelan kayuh".

Aku pun sedang menyesuaikan diri aku dengan keadaan baru - keadaan sesudah ketiadaan seorang mentor. Ye, bos merangkap mentor aku baru je pergi further study. Good luck boss!. Honestly, he is one of the best boss and mentor I've ever had!. Aku memang hargai setiap tunjuk ajar, bebelan maupun timbunan kerja-kerja yang pernah dia longgokkan pada aku. Memang aku banyak belajar dengan dia (tak kisahla apa orang lain kata tentang dia, yang penting apa yang aku dapat dan pengalaman yang aku peroleh dah berjaya mengurangkan nilai persepsi orang lain pada dia yang aku dengar - sorry la, ayat cam pening skit sebab aku tak tau nak describe macam mana). Aku harap suatu hari nanti aku kan dapat mentor ynag macam dia...or aku akan dapat kembali bekerja dengan dia (tak kisahla kat tempat mana pun kan..hahaha!).

So, berbalik pada "dua puluh sembilan" tadi. Ok, mungkin birthday aku kali ni 'dihadiahkan' dengan kehilangan my best mentor (seriously, aku sangat sedih and down) tapi at the same time, ia telah digantikan dengan 'hadiah' lain....hehehe. Tapi biarlah aku rahsiakan dulu 'hadiah' yang satu ni sebab belum ada apa-apa confirmation lagi. It's still on early stage. Nanti bial dah confirm, taulah nanti ye. Aku hanya mendoakan yang ia akan kekal and jadi milik aku sampai bila-bila. Aku harapkan yang ia yang terbaik, ia hadiah dari Allah yang mahu menggantikan sesuatu yang aku kehilangan. Harap-harap kehadirannnya mampu menguatkan kembali semangat dan kepercayaan aku.

"Ya Allah, kiranya ia yang terbaik untukku, kekalkanla ia bersamaku. Jika ia hanya sekadar ujian, biarkanlah ia pergi tanpa sebarang kesan....aamin"

Sunday, January 16, 2011

cuba...try..test!

Cuba Unutk Mengerti - Siti Nurhaliza

Hmmm,testing untuk masuk video dalam blog. Maklumla, amatur lagi bab-bab blogging ni...heheh. Sebenarnya terdengar lagu ni kat dalam cerita Pengantin Untuk Dijual @ Astro 952 or 953 (tak ingat pulak channel mana). So cari punya cari, jumpa gak lagu ni akhirnya...liriknya memang penuh makna walaupun direct to the point. So malas cakap banyak, layan jela ye! (sebenarnya macam banyak lagi benda nak dicerita kat sini, tapi lain kali la ye...takde mood pulak!)

Saturday, January 1, 2011

ini-aku: cerita-ceriti

ini-aku: cerita-ceriti: "Hai, Hmm, sewaktu ayat ni ditulis, ada lagi 30 minit akan masuk tahun baru 2011...makanya dalam 30 minit jugalah kita akan tinggalkan 2010...."

cerita-ceriti

Hai,

Hmm, sewaktu ayat ni ditulis, ada lagi 30 minit akan masuk tahun baru 2011...makanya dalam 30 minit jugalah kita akan tinggalkan 2010. Personally, tahun 2010 adalah tahun yang terrrrramatttlah mencabar! Terutamanya dalam suku terakhir 2010. Macam-macam dugaan yang aku hadapi, dari cabaran kerja sampailah ke hal-hal peribadi.

Bila difikir-fikirkan balik, sebenarnya aku punya semangat yang boleh tahan kuatnya dalam hadapi segala dugaan tu. Mana taknye, waktu aku sedang bertungkus-lumus mengukuhkan keadaan aku di tempat kerja sekarang, bertimpa-timpa pulak masalah peribadi yang datang. Maklumlah, bukan senang untuk aku meletakkan diri aku di kedudukan sekarang - maksud aku di pejabat. Dengan latarbelakang education yang memang tak sepadan langsung dengan industri yang aku join sekarang, memang aku perlu berusaha berkali-ganda berbanding orang lain. Semuanya untuk buktikan kepada bos dan bos-bos yang lain yang aku bukan sekadar tahu bercakap, tapi boleh diharap dan mampu untuk bekerja di bidang yang memang asing untuk aku, dan bukan sekadar boleh buat kerja admin yang pada pendapat majoriti, kerja macam tu boleh dilakukan sesapa saja.

Tapi tulah, bak kata orang, langit tak selalunya cerah. Sedang aku cuba menaikkan tahap kepercayaan orang-orang di ofis, ada-ada je dugaan (yang pada pendapat aku - dugaan merepek!) datang. Dugaan yang tah pape yang cuba meranapkan semangat aku untuk bekerja. Semuanya berlaku dikala keadaan aku sangat-sangat diperhatikan di ofis. Habislah kalau bos perasan perubahan aku waktu tu!. Manakan tidak, kesilapan merepek pun aku boleh buat! Bukan sengaja, tapi bila otak tak boleh fokus pada kerja dan terganggu dek masalah 'merepek', macam-macam boleh jadi. Sampai ada jugaklah masanya bos tegur! Maafkan saya bos, saya tak berniat nak jadi macam tu. Saya janji saya takkan jadi lagi macam tu. Saya janji akan kerja dengan lebih baik lagi, bermula dari hari ni!.

Kalau boleh, aku mau stay lama lagi di tempat sekarang. Bukan sebab selesa dengan keadaan di situ semata, tapi aku rasa masih terlalu banyak perkara yang aku mahu belajar dari bos. Masih terlalu banyak ilmu-ilmu dan skillnya yang aku masih tak korek! Sementelah tahun 2010 aku tinggalkan dengan terlalu banyak kesilapan-kesilapan merepek dan peluang-peluang menuntut ilmu yang aku terlepas macam tu saja!.

So, dengan tibanya 2011, inilah antara janji-janji aku (harap-harap aku dapat tunaikan semuanya dalam 2011 nih):
1 - tak mau ulangi kesilapan-kesilapan merepek (dalam kerja mahupun personal)
2 - tak mau terlibat dengan perkara-perkara (baca: hubungan) yang tak nampak jalan masa depan (ini serius ok!)
3 - tak mau lepaskan peluang-peluang tuntut ilmu (samada secara langsung/formal atau tak langsung - korek-korek ilmu bos..heheh!)
4 - tak mau jadi 'tin kosong' - seboleh mungkin tingkatkan skill dan apa-apa ilmu yang patut
5 - mahu dilihat sebagai seorang yang ada Value pada syarikat dan famili
6 - mahu dilihat sebagai seorang yang memang boleh diharap dan berkebolehan
7 - mahu punya semangat, motivasi dan kekuatan yang lebih dari tahun 2010
8 - mahu lebih fokus dan bersemangat pada kerja..kerja..dan kerja! (yang lain-lain tu kalau nak datang gak, please datang dalam keadaan yang gembira dan baik ye..hehe)
9 - mahu cari aset :-)
10 - mahu ubah diri dan perbaiki diri jadi seorang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

Oklah, rasanya idea aku dah ter'lari' dek bunyi-bunyian mercun dan bunga api tadi. Apa-apa pun, aku harap 2011 ni dimulakan dengan perkara-perkara baik, diisi dengan perkara-perkara dan peristiwa yang bahagia dan berakhir dengan kebaikan juga. Aku dah tak larat nak hadapi dugaan-dugaan 2010 ni. Tapi aku percaya yang Dia Maha Mengetahui batas-batas kekuatanku dalam menghadapi dugaan. Mungkin sebelum ni aku terleka, so Dia datangkan ujian-ujian agar aku kembali mengingati Dia dan kembali dekat padaNya.

Terima kasih Allah, sebab masih beri aku peluang dan kekuatan untuk hadapi segala dugaan...