Wednesday, March 7, 2012

Satu aksi di satu ketika

Salam,

Sedang aku drive di susur masuk LDP-Federal hiway pagi tadi sambil bersesak-sesak dengan kenderaan-kenderaan lain, tetiba ada sebijik keta Saga BLM duk masuk depan aku. Memula cam nak hangin gak sebab tetiba je dia masuk dengan takde bagi signal...haaiihh, driver kat Malaysia ni samada sangat-sangat kedekut takut bateri keta cepat abis or sangat-sangat pemalas nak tekan tuil signal tu. Takpelah, aku sabo jela dulu.

Then, tetiba aku ternampak satu aksi yang...aaaahhhh, sangat romantik...kat dalam keta depan aku tu. Ha, mula la tu nak fikir yang bukan-bukan!Ish...ish...ish...fikir positif ye. Aku nampak si 'co-pilot' keta depan tu sedang menyuap makanan ke mulut si 'pilot'. Alahahaaaaiii, tengah-tengah sangkut dalam traffic jam, sempat je diorang suap-suap makanan, Aku fikir diorang ni mesti pasangan suami-isteri. Yelakan, kata nak fikir positif. Banyak kali jugakla aku nampak si isteri duk suap si suami.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah tentang kasih sayang yang diorang tunjukkan tu. Tak kira sesibuk mana sekalipun, tetap dapat layan pasangan dengan sebaiknya. Walaupun makanan yang disuap tu sekadar 'tapau' (sebab nampak si isteri duk letak pembungkus polisterin tu ke seat belakang) tapi perbuatan dia melayan makan minum suami tu memang aku puji. Yela kan, kalau nak layan suami makan, bukan takat kat rumah je, memana pun boleh asalkan tanggungjawab tu dijalankan sebaiknya. Tetiba je mood aku bertukar jadi terharu...senyum sorang-sorang pon ada....aihhhh, mula la berangan tu! Hahahahaha!

Secara sedar tak sedar, aku doakan moga pasangan tu kekal bahagia hingga ke akhirat. Untung si suami dapat isteri sebaik tu. Untung gak isteri dia sebab suami pun baik (and boleh tahan gak segaknya! Hahahaha-sekali lagi!)

Hmmm....berangan moga kehidupan lepas ni akan bahagia or lebih bahagia dari itu...untuk selama-lamanya....aamin  :-)

Monday, March 5, 2012

Aku yang tak puas hati

Salam,

Selalunya Aku akan cuba untuk diam kalau aku tak puas hati.
Harini aku tak puas hati dengan bos.
Aku bukan jenis yang suka confront bila aku tak puas hati.
Paling tidak pun aku akan membebel jauh-jauh. Aku tutup tab Facebook kat windows ni untuk elak dari tulis ketidakpuasan hati aku.

Bos,
Bukannya diam aku tu tanda setuju.
Aku cuma malas nak berdebat ketidakpuasan hati aku tentang mana-mana arahan yang kau keluarkan.
Sebab kalau aku berdebat, takut-takut aku tertinggi suara, ter'menderhaka' pada Bos.
Atau mungkin sebab aku tak pandai nak susun kata-kata untuk berdebat?
Iya, teringat zaman sekolah menengah, kali pertama seumur hidup masuk pertandingan debat.
Teringat diri hampir 'blank' tak tau macam mana nak patahkan hujah pihak lawan.
Sebabnya aku perlu masa untuk kumpul segala fakta untuk membalas. Sebabnya aku tak mau hujah aku dipengaruhi emosi tanpa rasional.

Oklah Bos,
Aku diamkan ajelah dari membalas email yang kau hantar tu.
Lagi pun aku tau kalau aku balas, mesti kau je yang asyik nak menang. Kau je yang betul.
Aku malas nak bertekak dengan orang yang selalu je nak menang.
Tapi jangan sesekali ingat semua diamku itu tanda setuju.
Aku akan tetap buat perkara tu dengan cara aku.


-The End-

Thursday, March 1, 2012

Si 'tulang rusuk kiri' yang bengkok

Tulang rusuk kiri itu
Perlu dilentur dengan kelembutan
Perlu diletak dekat di hati dengan kasih sayang

Tulang rusuk kiri itu
Hakikatnya ia mudah patah
Jika dilentur dengan kekerasan
Jika tak didekati dengan kasih sayang

Itu kata-kata ustaz dalam ceramah pra-perkahwinan. Iya, perempuan itu asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Dekat di hati untuk dilindungi, bukan dikepala untuk dipuja, bukan dikaki untuk di pijak. Tulang rusuk itu sifatnya keras dan bengkok, lalu manakan boleh kekerasan dihampiri dengan kekerasan. Umpama cuba memadamkan api dengan api. Tapi kalau dilentur dengan lembut, sedkikit demi sedikit, ia pasti boleh lurus. Tanpa sebarang keretakan atau patah!

Iya, perempuan itu bukanlah susah sangat untuk dihampiri, ditegur mahupun dibimbing. Lagikan sifatnya memerlukan pelindung, pembimbing...kerana ia mudah sekali tergelincir dari landasan kebenaran akibat kelemahan-kelemahan yang dmilikinya. Perempuan hanya perlukan seorang yang mampu meredakan keresahannya, menenangkan kekacauannya. Dan percayalah, jika seorang perempuan itu bertemu dengan seorang lelaki yang sebegitu, pasti saja dia mahu menyerahkan seluruh dunia kepada lelaki itu!


Aku...
Si 'tulang rusuk kiri' yang bengkok...
dan andai bengkok itu tidak sempurna...
makanya aku juga tidak sempurna.