Google images
Situasi 1:
Aku dalam perjalanan ke KL Sentral menaiki LRT dari stesen Masjid Jamek. Di tangan kanan menjinjit beg netbook, di kiri pulak handbag dan paperbag berisi senaskah proposal. Penumpang agak ramai, jadi tiada tempat duduk kosong yang kelihatan. Aku pun berdiri je dekat sebelah tiang bersama-sama dengan penumpang lain. Lagipun barang-barang yang aku bawa taklah berat sangat.
Tiba-tiba, salah seorang penumpang yang duduk di bangku berdekatan denganku bangun. Seorang lelaki asing; Mat Salleh, yang pada pengamatanku berada dalam usia awal 40-an mempelawa aku duduk di tempat yang dia duduk tadi. Aku cuma tersenyum sambil menggelengkan kepala menandakan 'Tak apalah'. Tapi dia beria-ia menyuruhku duduk. 'Thank you', balasku sambil tersenyum. Dia juga membalas dengan senyuman sambil berdiri bersama-sama dengan penumpang lain. 'Baiknya Mat Salleh ni' kataku dalam hati, lalu duduk di tempat yang diberi tadi bersama-sama dengan penumpang rakyat kita yang lain.
Situasi 2:
Aku baru saja selesai membayar upah cuci kereta dan bersedia untuk keluar dari tempat carwash. Sedang aku nak memandu keluar, tiba-tiba ada sebuah motosikal dinaiki seorang perempuan Melayu bersama 3 orang anak-anaknya berhenti di tempat laluan keluar. Aku memperlahankan kereta sebab takut-takut nanti tergesel pulak dengan motosikal tu tadi. Perempuan tadi tu pun berganjak sedikit ke depan.
Tiba-tiba aku terdengar dia berkata 'Ha, ambiklah ruang sebesar mana yang kau nak!' dengan muka yang tak puas hati dan masam mencuka ke arahku. Aku jadi terpinga-pinga. 'Apa yang aku dah buat? Aku tak cakap apa-apa pun?'. Lantas aku buka cermin tingkap kereta dan tanya pada perempuan tu 'Kenapa tiba-tiba marah saya? Saya tak cakap apa-apa pun, kenapa nak marah-marah orang ni?'. 'Saya tak kata apa pun? Kenapa? Mehla berhenti belakang sikit! Apsal?' katanya dengan reaksi marah-marah!
Eh, samseng betul minah ni.Aku dah makin blur. Puas aku fikir, aku ada buat salah pada dia ke? Kejap-kejap dia menuding ke arah kereta hitam yang sedang dibersihkan di belakang. Aku makin confuse!. Last-last aku blah blah je. Lagi lama aku layan, lagi pening jadinya. Setau aku, dia yang block laluan keluar aku tadi tapi aku tak cakap apa pun. Aku cuma perlahankan kereta supaya dia faham yang dia menghalang laluan aku dan aku tak nak terlanggar motosikalnya yang overloaded tu!
Lantas aku bagi kesimpulan bahawa mungkin dia sedang mengalami hard time, atau sedang PMS! Lebih baik aku berlalu dengan bermaruah dari terpekik terlolong melawan perempuan yang pada aku memang kurang sesangat budi bahasanya tu!. Malulah kalau ditengok dek pekerja-pekerja carwash yang semuanya lelaki dan lebih baik budi bahasanya dari perempuan tadi!.
Persoalannya di sini ialah, rakyat Malaysia selalu dikenali dengan budi bahasa yang tinggi, kaya adab sopan dan selalu suka menolong orang lain. Tapi berdasarkan pengalaman pahit aku dengan perempuan Malaysia tadi, aku tak rasa stigma tu masih wujud pada setiap rakyat kita. Makin lama, rakyat kita seakan-akan makin pudar nilai-nilai budi bahasa tu. Semuanya semakin lantang, semakin selamba! Tapi yang sedihnya, rakyat asing pulak yang masih mampu mengekalkan sikap budi bahasa mereka (sekurang-kurangnya pengalaman aku di situasi 1 tadi betul-betul mencerminkan kenyataan. Tak taulah pengalaman orang lain camne pulak kan?).
Bukanlah aku nak mengutuk rakyat sendiri di bumi sendiri, tapi aku rasa terlalu malu dengan apa yang terjadi zaman sekarang ni. Masing-masing seakan semakin mementingkan diri sendiri!
Hmmm, memang betul bidalan tok nenek kita dulu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!
Apalah nasib aku harini :'(
p/s: moga 'kakak' tadi akan ditunjukkan kebenaran dan pengajaran agar dia sedar akan kesilapannya...
No comments:
Post a Comment