Hallu!
Oh, dah minggu ke 22 rupanya harini. Opps, aku tengah kira minggu kehamilan @ pregnancy sebenarnya. Hahaha, ye aku tau...aku tak pernah mention sebelum ni yang aku dah 'berisi'. Bukan apa, segan pulak nak cerita kat merata-rata - fesbuk, blog, twitter dan semua2 tu. Aku bukanlah macam sesetengah orang, excited nak cerita kat semua. Bukan jugak aku tak excited, cuma segan@malu nak sebarkan. Cukuplah kalau sekadar family and kawan-kawan rapat yang tau.
Setakat minggu ke 22 @ 5 bulan 2 minggu ni, pengalaman pregnancy aku ni macam-macam. Kalau awal-awal dulu, aku rasa penat tak terkata. Time tu aku perasan something different waktu bulan posa. Selalu waktu pagi bulan puasa, aku rasa steady je. Tetiba tahun ni bila pagi kat opis, aku rasa mengantuk sangat. Pelik aku rasa time tu, tak pernah-pernah rasa mengantuk time pagi puasa. Tapi waktu tu aku buat tak kisah je sebab ingatkan aku megantuk sebab tak cukup tidur. Yela kan, tahun ni puasa berdua. So tetiap hari kena bangun sahur and prepare makanan untuk sahur. Kalau time single dulu, takat minum air milo cicah biskut or roti pun dah cukup. Ni dah ada laki, at least gorengla something ke kan...macam megi goreng ke...kebab ke...hehehehe. Lagi satu tanda time tu aku perasan posa aku penuh! So lagi skali time tu aku ingatkan sebab period aku lambat sebab sebelum tu aku penah delay 2 minggu. So aku pun buat tak tau jela.
Tanda-tanda penat and mengantuk ni aku alami sampai raya. So lepas raya tu ada gakla opismate yang cakap yang aku ni macam orang pregnant sebab nampak letih semacam. Time balik raya rumah mertua pun biras-biras cakap benda sama. So aku pun dah rasa semacam, lebih kurang seminggu lepas raya aku pun beli pregnancy self test kit. Jeng..jeng..jengggg! Ada 2 line! Time tu aku sorang je tau result. So nak bagi seprais, aku letak kit tu atas kotak kat katil. Bila cik abang masuk, aku tunjuk kat dia. Dia buat2 tanya - 2 line ni apa maksud dia? Aku tunjuk info dekat kotak tu...dia senyum2 kambing...hahahaha! Kelakar plak muka dia time tu. So untuk sahkan lagi, dalam 3-4 hari lepas tu kitorg ke klinik. Lepas urine test and doktor tanya tarikh period, doktor pun sahkan yang time tu aku pregnan 2 bulan. Cik abang? Hahahaha, sangat kelako! Dia kata dia rasa nervous! Bleh plak dia yang nervous kan...padahal bukan dalam perut dia pun. Tapi mungkin sebab dia atk expect cepat camni kot. Aku pun time tu tak ready lagi sebenarnya - secara fizikal and mental. Aku budget maybe lepas setahun or paling kurang pn lepas 6 bulan...tapi takpelah, adalah hikmah Allah bagi awal tu.
Dipendekkan cerita, sejak awal preganan sampai sekarang, inilah yang aku alami (leh jadi guideline untuk aku masa akan datang...heheh):
- rasa mengantuk and tak bertenaga waktu awal pagi
- loya lepas bangun tidur, tengahari and lewat petang/malam - tak tentu masa (cuma taklah terlalu teruk macam sesetengah orang)
- sensitif bau - perfume, deodoran, sabun mandi/basuh/cuci pinggan, bahan mentah utk masak (so cik abang yang tolong setelkan bahan mentah time nak masak)
- kurang selera makan (time bulan ke 2-4)...lepas 4.5 bulan tu dah ok
- tak boleh makan ikut kuantiti normal, kena makan kurang dari kuantiti normal...kalau ikut kuantiti normal, gerenti lepas tu perut akan senak, sendat and rasa tak muat - ni aku alami sampai sekarang
- betis cramp, spashly time tido
- sakit belakang and pinggul - lepas masuk 5 bulan sbb dak kecit ni makin beso and berat
So lepas last checkup, berat aku dah naik jadi 46.5kg dari berat 1st checkup 43kg...hehehe...oklah tu, bertambah secara konsisten. Setakat ni blood pressure, gula semua ok. Tak sabo nak tunggu checkup next week. Nak tengok dak kecit ni laki ke pompuan! Ikut cik abang, dia suka laki...yela, leh teman dia tengok bola katanya...hmmm, ikut jelah menana, asalkan sihat and sempurna....hehe
Harap-harap semua okay sampai ke keluarnya dak kecit nih...hehehe...moga Allah permudahkan semua and murahkan rezeki kami...Aamiin
No comments:
Post a Comment