Salam,
5 tahun yang lepas...21 Januari 2006...hari yang buatkan aku seolah-olah kehilangan seluruh kehidupan aku, Abah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Aku jadi nanar, airmata tak henti mengalir...apatah lagi aku tiada di sisi Abah sewaktu hembusan nafas terakhirnya. Ketika seminggu hayat terakhir Abah, aku sedang bergelut dengan tugasan tesis semester akhir, kebetulan time tu tengah cuti mid semester break. Kebetulan, pada hari terakhir Abah, aku memang dah berniat nak balik kampung, nak jaga Abah di hospital. Tapi apakan daya, Allah dah jemput dia sebelum sempat aku tunaikan hajat terakhirku. Perkara itulah yang menghantui aku sampai sekarang - rasa terkilan yang teramat sangat kerana tak sempat nak jaga Abah dan berada di sisinya ketika detik terakhirnya!
Sekarang, lepas 5 tahun tu dah berlalu, aku dah pun bekerja. Tapi rasa terkilan tetap ada...terkilan sebab tak sempat nak belanja Abah dengan gaji anak bongsunya ni. Walau gaji tak seberapa, tapi kepuasan dapat belanja Abah dengan Mak guna duit sendiri tu adalah satu kepuasan yang tak terkata!. Nampaknya, pada Mak sajalah yang aku mampu belanjakan.
Lepas 5 tahun, rasa rindu pada Abah tetap sama. Rindu nak dengar gelak Abah, bebelan Abah, marah-marah Abah, malah makanan-makanan kegemaran Abah. Bebelan dan marah-marah Abah membantu anak-anak Abah berjaya. Kecerewetan Abah dalam menjaga penampilan buatkan ianya 'berjangkit' pada anak-anak Abah jugak. Makanan-makan kegemaran Abah jugak jadi makan kegemaran kami.
Apa yang aku mampu ingat tentang Abah?:
1- Abah suka iron baju sampai licin, tak tertingal 1 kedutan pun, dan Abah akan iron baju-bajunya sendiri (anak-anak pun terikut sama perangai Abah yang satu ni).
2 - Abah suka lauk-lauk kampung, spashly masak lemak cili api, dengan kuah yang agak pekat.
3 - Abah paling strict dengan siapa anak-anaknya berkawan.
4 - Abah pun suka kucing!
5 - Untuk raya, Abah suka kuih baulu yang mak buat guna dapur arang, dengan rasa yang agak manis (sebab kalau lebih gula, baulu tu akan jadi lebih 'garing')
6 - Raya jugak akan buatkan Abah sibuk cari buluh lemang, ayam, daging untuk dijadikan hidangan keluarga (walaupun Abah tak makan banyak pun hidangan-hidangan tu, yang penting anak-cucu puas makan)
Hmm,apa lagi yang aku mampu ingat tentang Abah?...to be continued...
p/s: entri ni dah lama aku taip, cuma harini baru rasa nak publish...again, 'M' masih menguasai diri...heheheh
takpe cik pida.. at least ade kenangan.. kalo ko tny aku.. ape bapak aku suke buat time raya msti aku tak dpt jwb.. sbb aku tak igt.. kalo ade buat pn msti time aku kecik.. kalo time aku membesar susah la nk recall.. sbb jarang raya bersama.. hukhukhukhuk.. (huh.. tersensitip lebih plak.. ko la ni.. aku bukan boleh cite sedih2 nih)..
ReplyDelete