Salam,
Entri ni sebenarnya agak tertangguh...yelah, idea dah mencurah-curah dalam fikiran sejak 2-3 hari lepas. Tapi nampaknya baru sekarang terjelma di page ni. Nampak sangat penulis ni ada 'M' kan...?hahahaha...Takpelah, yang penting, masih ada entri.
Ok, straigh to the point pada tajuk kat atas tu. Itu antara kata-kata yang aku selalu sematkan dalam hati. Kenapa? Ini sebenarnya ada kaitan dengan kerja yang aku buat sekarang dengan background majoring semasa aku di U dulu. Kata-kata tu jugak terjelma atas pemerhatian aku terhadap kawan-kawan sekursus yang sedang bekerja di bidang mereka - Landscaping (hmm, sekarang korang dah tau apa yang aku belajar dulu kan?).
Dua tahun pengalaman bekerja di syarikat konsultan HR, terlalu banyak perkara yang aku belajar. Satu perkara yang utama aku belajar - Survival. Survival untuk berusaha agar aku mampu berdiri sama tinggi (ataupun hampir-hampir) dengan mereka yang memang ada background HR. Di sini aku harus (baca: wajib) berusaha 4-5 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang memang di bidang HR untuk berjaya.
Dan tiba-tiba sekarang aku ada keinginan nak jadi Interior Designer! Aduh, sudah pening agaknya aku nih...
No comments:
Post a Comment